JAWAPAN: Studio kami berada di Keningau, Sabah
SOALAN: Kamu ajar gaya bergambar?
JAWAPAN: Ya, Photogrpaher akan guide sepanjang sesi photoshoot
SOALAN: Boleh bawa kasut masuk begambar?
JAWAPAN: Boleh, pastikan kasut bersih sebelum masuk studio, tiada terpijak tahi anjing, tahi lembu, tahi cicak dll
SOALAN: Di mana lokasi studio kamu?
JAWAPAN: Lokasi studio kami terletak berdekatan simpang Kg Bayangan tepi highway, boleh search di google maps "Cinnamon Foto" untuk pin location
SOALAN: Studio kamu di aras bawah?
JAWAPAN: Ya aras bawah bangunan Global Canopy, ahli keluarga yang berkerusi roda tidak perlu risau
SOALAN: Softcopy gambar akan dihantar semua?
JAWAPAN: Ya, semua softcopy gambar kami akan hantar ke wasap menggunakan link gdrive (valid 1 bulan) kecuali gambar yg tertutup mata atau tergigit lidah tanpa sengaja.
SOALAN: Bolehkan request gambar hantar guna telegram?
JAWAPAN: Ya boleh.
SOALAN: Discount RM50 masih ada untuk early bird?
JAWAPAN: Discount untuk mereka yang shoot pada tarikh 20-26 Febuari sahaja.
SOALAN: Kalau lebih 6 org dewasa mcm mana?
JAWAPAN: Boleh ambil pakej RM250 (7-12) atau RM400 13-20 org.
SOALAN: Studio boleh memuatkan berapa max kapasiti?
JAWAPAN: Boleh memuatkan 20 dewasa dan 10 kanak-kanak sahaja
SOALAN: Boleh ka sy bawa props sendiri untuk bergambar?
JAWAPAN: Boleh, kecuali props benda tajam dan bahaya seperti kapak, cangkul, pisau & petrol adalah TIDAK dibenarkan.
SOALAN: Studio kamu ada CCTV?
JAWAPAN: Ya seluruh sudut studio kami dilengkapi CCTV kecuali di dalam tandas tiada CCTV π
SOALAN: Kalau selepas 4 april kamu masih open bergambar di studio?
JAWAPAN: Ya masih, Kami open sepanjang syawal
SOALAN: Pakej kamu termasuk makeup?
JAWAPAN: Tidak. Kami hanya menyediakan perkhidmatan bergambar sahaja, tidak termasuk servis makeup.
SOALAN: Studio kamu ada fitting room?
JAWAPAN: Tiada. Disebabkan ruangan yang terhad studio kami tidak mampu menyediakan ruangan fitting room.
SOALAN: Boleh cuci gambar & frame tempat kamu?
JAWAPAN: Ya boleh. Kami menyediakan 3 jenis frame iaitu Monalisa Frame, Std Gold, & White Plain. Harga bergantung dengan jenis frame & saiz gambar yang dicuci.
SOALAN: Ada contoh Saiz frame kamu?
JAWAPAN: Ada. Boleh follow channel telegram kami untuk contoh-contoh frame & saiz >> t.me/cinnamonfotoinfo
SOALAN: 15 Mac - 3 April 2026 boleh booking?
JAWAPAN: π« No Booking, Walk-in only (1st come 1st serve basis)
SOALAN: Studio kamu ada tempat berak ka yang selamat?
JAWAPAN: Ya ada, Kami menyediakan tandas luar dan anda boleh melabur dengan tenang tanpa menganggu mereka yang berada dalam studio πππ
SOALAN: Cinnamon Foto ada buat servis home to home raya photoshoot.
JAWAPAN: Tiada, kami cuma focus shoot di studio sahaja.
SOALAN: Jenis kasut yang tidak dibenarkan masuk bergambar dalam studio?
JAWAPAN: Kasut roda, kasut bola yang ada spike, kasut rugby, adidas kg, kasut yang pijak tahi & kasut getah booth tinggi utk kegunaan bekebun.
SOALAN: Boleh ka kamu percepatkan sesi photoshoot?
JAWAPAN: Tidak, kami hanya berpandukan timer, sesungguhnya rezeki tidak berkah bila main buyuk timer.
SOALAN: Sesi 15 minit berapa banyak gambar akan dapat?
JAWAPAN: Anggaran sekitar 35-60 gambar
SOALAN: Boleh ka saya ambil pakej 10 minit tapi 2 set baju?
JAWAPAN: Tidak. Anda perlu menempah 2 slot yang berlainan.
SOALAN: Tahun ini cuma boleh pilih 1 tema?
JAWAPAN: Ya, 1 slot 1 tema. Anda boleh pilih 2 tema tetapi perlu menempah 2 slot.
SOALAN: Ada pakej gambar solo atau berdua?
JAWAPAN: Ya ada. Basic pakej kami bermula dengan harga Serendah RM100 sahaja (10 minit sesi).
SOALAN: Boleh ka sy bawa kucing ikut bergambar?
JAWAPAN: Boleh, kecuali binatang yang berbahaya seperti buaya tidak dibenarkan bawa masuk ke studio.
SOALAN: Berapa lama masa yang kamu perlukan untuk siapkan editing gambar raya?
JAWAPAN: Editor mengambil masa sekitar 1-3 hari bekerja dari tarikh shoot.
SOALAN: Studio kamu ada menyediakan ruang menunggu?
JAWAPAN: Ya ada. Kami menyediakan 2 buah canopy & kipas industri diluar studio pada waktu puncak.
SOALAN: Studio kamu ada menyediakan cermin untuk final touchup?
JAWAPAN: Ya ada. Kami menyediakan 3 cermin stand untuk kemudahan anda.
SOALAN: Boleh booking slot walk-in?
JAWAPAN: Tidak, slot walk-in π« tidak boleh booking dan hanya perlu daftar nama di kaunter pendaftaran sahaja bila sampai di studio Cinnamon Foto
SOALAN: Sekiranya sy merancang untuk shoot masa slot walk-in, adakah sy perlu membayar deposit?
JAWAPAN: Tidak perlu deposit.
SOALAN: Berapa lama tempahan frame di siapkan?
JAWAPAN: Kami perlukan sekitar 2-5 minggu (bergantung dengan STOK) dan hanya proceed tempahan frame yang sudah membuat bayaran penuh sahaja.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan