T & C

Terms & Conditions - CINNAMON FOTO

CINNAMON FOTO - Terms & Conditions

Adalah dipersetujui berdasarkan terma yang telah dinyatakan dengan terperinci tanpa sebarang perubahan kontrak melainkan ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Booking Fee (Deposit)
Lock date bertujuan untuk menempah tarikh dan masa photographer pada majlis perkahwinan anda dan pembayaran (locked date) tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan tempahan. Majlis yang ditunda ke tarikh baharu perlu dikemaskini secepat mungkin kepada pihak kami bagi membolehkan tarikh tersebut dapat diberi keutamaan kepada anda.

Payments (Pambayaran)
Setelah pembayaran lock date dilakukan, baki bayaran PENUH hendaklah di bayar 1-5 hari sebelum majlis tersebut. Salinan gambar (softcopy) tidak akan dihantar sekiranya bayaran penuh belum dilakukan. Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya anda ingin menambah coverage masa majlis berlangsung.

Display (Paparan)
Cinnamon Foto berhak untuk memaparkan mana-mana gambar client sebagai paparan portfolio, pengiklanan, promosi, dan website. Namun ia tidak terikat sekiranya ada perjanjian lain dari pihak terlibat yang telah di persetujui bersama.

Images (Gambar)
Semua saiz gambar adalah high quality. Salinan kesemua gambar akan diberikan melalui google drive yang boleh diaccess selama 1 tahun. Sila download atau backup kesemua gambar apabila dapat link google drive. Beberapa salinan gambar yang sudah diedit akan di hantar melalui aplikasi whatsapp atau telegram.

Retouching (Edit)
Trademark editing style Cinnamon Foto menggunakan warna pastel, clean & bright sebagai presets utama mengedit keseluruhan gambar. Editor akan memberikan tona warna yang sesuai pada setiap gambar semasa process post processing mengikut kreativiti atau gaya yang biasa digunakan. Sebarang bentuk retouching, manipulasi digital atau finishing yang mengikut permintaan Client akan dikenakan cas tambahan. Sila rujuk tona warna yang biasa digunakan oleh Cinnamon Foto di instagram.

Post Processing (Editing, Design, Printing)
Post Processing iaitu proses yang dilakukan setelah selesai majlis mengambil masa sekurang-kurangnya 25-65 hari masa bekerja atau 2 bulan dari tarikh majlis bagi membolehkan album dan kesemua artwork dihantar kepada client. Untuk client diwaktu kemuncak seperti waktu cuti sekolah pula memerlukan masa sehingga ke 3 bulan dari tarikh majlis untuk menyiapkan keseluruhan gambar.

Berikut adalah anggaran masa yang di ambil bagi proses editing, design album dan printing:

  • Editing (10-25 hari masa bekerja)
  • Design Album (5-15 hari masa bekerja)
  • Printing (10-25 hari masa bekerja)

Attendance (Kehadiran)
Kami mempunyai 3 orang photographer & 2 videographer official yang sudah memiliki pengelaman lebih 3 tahun dalam bidang wedding photography & videography.

Sekiranya pada sesuatu majlis photographer/videographer yang bertugas gagal hadir disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, pihak Cinnamon Foto berhak untuk melantik photographer lain bagi pihak kami untuk bertugas di Majlis anda dan mengusahakan yang terbaik berdasarkan kebolehan yang dia ada pada majlis tersebut.

Semua pelanggan kami adalah dialu-alukan untuk memberikan feedback photographer/videographer yang bertugas dihari bahagia anda sebagai penambahbaikan bagi pihak kami di masa mendatang. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami. Terima kasih kerana memberi keoercayaan dan memilih Cinnamon Foto untuk merakam hari istimewa kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan